Thursday 8 December 2011

Tips Pembentangan..

Hai kawan-kawan!Di sini saya mahu kongsikan sedikit tentang tips bagaimana untuk melebarkan sayap anda semua dalam sesuatu pembentangan.Harap rakan-rakan dapat mengambil sedikit kebaikan daripadanya ya.*wink2 -..-''



1 : Pembukaan Yang Menarik Perhatian.
Pembukaan memang sangat penting dalam persembahan slide, mulakan dengan memperkenalkan diri dan terangkan serba sedikit tentang apa yang korang nak persembahkan. Jangan campurkan isi persembahan dalam pembukaan. Nanti caca-marba jadinya. Lepas tu pastikan ia dilakukan dengan sekreatif mungkin agar menarik minat penonton untuk menonton persembahan slide korang tu.


2 : Penuh Keyakinan
Keyakinan merupakan kunci kejayaan pada sesetiap pembentangan. Ia adalah untuk memberi keyakinan pada penonton, bahawa pembentangan ini mempunyai ilmu yang padat dan untuk menunjukkan pada pensyarah bahawa korang telah membuat kajian yang banyak dalam hal yang berkaitan dengan pembentangan.

3 : Penampilan Yang Bersesuaian.
Aspek pemilihan pemakaian aku rasa penting untuk kelihatan lebih mantap di hadapan audiens. Bagi persembahan berkumpulan, korang digalakkan memakai pakaian yang sama contohnya jika berkemeja putih semua berkemeja putih. Sama juga jika memakai blazer.

4: Bahasa Dan Suara Yang Jelas, Fasih dan mudah difahami.
Korang tak memerlukan suara bak Yuna dan Anna Raffali untuk menjadi yang terbaik dalam pembentangan. Apa yang penting ialah suara yang cukup jelas dan tegaskan suara dibahagian tertentu yang mempunyai maklumat penting dan jangan memberi pembentangan laju macam kapal terbang. Fokus dan bertenang agar mempeoleh fokus. Tambahan, kalau nak guna B. Melayu, gunakan sepenuhnya. Jangan sesekali korang rojakkan.

5 : Informasi
Untuk membentangkan sesuatu perkara, perkara basic sahaja tentang apa yang korang ingin bentangkan masih tidak mencukupi. Cari informasi tentang tajuk pembentangan dengan semaksima mungkin di dalam internet, buku dan mana-mana rujukan yang boleh didapati. Ala, e-library kan ada. Tapi makan masa sebab biasanya komputer library masih lagi komputer zaman dinosour.

6 : Penggunaan Peralatan
Korang mesti tahu peralatan yang nak digunakan semasa pembentangan. Jangan pulak datang nak membentang ni tak tahu nak pasang projector pada laptop, nak setting blur ape semua. Kalau terlalu lama mungkin akan menggangu audiens dan menyebabkan tanggapan pembentangan korang mesti boring @ fail.


7 : Eye Contact Dan Body Language
Tidak dinafikan, penggunaan eye contact dan body language mempunyai pengaruh yang besar terhadap kejayaan sesuatu pembentangan. Hubungan eye contact tidak semestinya tertumpu pada seseorang audiens sahaja, cuba korang tumpukan pada semua audiens yang ada. Kalau awek tengok persembahan korang memang eye contact dengan awek je kan?

8 : Penutup
Biarpun penutup je, anggaplah benda ini sebagai salah satu aspek penting. Ulang balik apa isi-isi penting dalam pembentangan korang tadi agar penonton boleh refresh balik apa yang korang bentangkan. Dan akhirilah pembentangan dengan penuh keyakinan agar apa yang korang bentangkan tu terus kekal dalam kepala otak diorang.

Jadi,bagaimana sekarang?sudah tahu bagaimana untuk menyerlahkan bakat-bakat anda sebagai seorang pembentang yang hebat?apa tunggu lagi,amalkannya.Semoga kejayaan menyusuri anda kawan-kawanku! xD

No comments:

Post a Comment